Monday, May 4, 2009

Hukum dan Faedah Menutup Aurat

Salam

Sekadar Ingatan......

Koleksi t'shirt R'za yang kami tampilkan seboleh mungkin menepati batas aurat seorang muslimah. Hukum menutup aurat itu sendiri berdasarkan 3 perkara.

  • Pertamanya....menutup aurat itu hukumnya wajib mengikut perintah Allah SWT seperti yang terkandung dalam surah an-Nur ayat 30 hingga 31.
  • Kedua.....menutup aurat itu juga wajib berdasarkan faktor utama menghindari perbuatan zina yang sangat dikutuk oleh Allah SWT, dan
  • wajibnya menutup aurat bagi setiap umat islam agar dapat manusia menjauhi diri daripada segala perbuatan yang mendatangkan dosa
Justeru batas aurat seorang muslimah ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua belah tapak tangan


Faedah Menutup Aurat

Islam amat menggalakkan agar umatnya berpakaian sopan, bersih, kemas dan menutup auratnya kerana amalan ini membawa kebaikan kepada setiap individu. Selain dapat mengelakkan terjadinya perbuatan fitnah, langkah menutup aurat juga dapat mengelakkan diri daripada berlakunya perkara-perkara yang memudaratkan seperti rogol, bunuh dan sebarang bentuk jenayah yang membawa kepada kekejaman.

Selain melambangkan keperibadian Muslimah sejati, maruah juga terjaga dan seterusnya menjaga kemuliaan ajaran Islam itu sendiri. Berpakaian yang menutup aurat juga dituntut dalam Islam supaya umat Islam dipandang mulia dan dihormati oleh orang lain.

No comments:

Post a Comment