Sunday, May 3, 2009

Fadhilat Asma Ul-Husna

Al-Baasith
Amalan membaca Ya Baasith sebayak 10 kali selepas solat Dhuha, InsyaAllah akan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT

Al-Khaafidh
Amalan membaca Ya-Khaafidh sebanyak 1000 kali, InsyaAllah akan aman daripada sebarang musuh

Ar-Raafi'
Sesiapa yang membaca Ya-Raafi'sebanyak 70 kali setiap hari terutama pada waktu malam, InsyaAllah akan terpelihara daripada kecurian, rompakan, penipuan dan sebagainya

Al-Mu'iz
Amalkan membaca Ya Mu'iz pada malam isnin dan jumaat sebanyak 140 kali, InsyaAllah akan dimuliakan pada pandangan orang lain dan dia tidak takut selain Allah SWT

Al-Mudzil
Ucapkanlah Ya Mudzil sebanyak 75 kali, InsyaAllah Allah SWT akan menjauhkan diri kita daripada perbuatan khianat yang dilakukan oleh orang lain

Al-Hakam
Amalkan membaca Ya Hakam sebanyak 68 kali selepas tengah malam dan berada dalam keadaan suci daripada hadas dan najis serta berkeadaan khusyuk, InsyaAllah Allah akan menjadikan hatinya sebuah tempat penuh rahsia dan nikmat

Al-Adl
Ucapkanlah Ya Adl sebanyak 104 kali selepas menunaikan solat Isyak, InsyaAllah dia akan menjadi orang yang adil dan mahsyur

Al-Latiff
Amalkan membaca Ya Latiff sebanyak 130 kali, InsyaAllah segala usaha dan perniagaan akan bertambah maju

Al-Khabiir
Mereka yang sentiasa membaca Ya Khabiir, InsyaAllah orang yang sentiasa melukakan hati kita akan berhenti melakukan perbuatan tersebut

Al-Haliim
Amalkan membaca Ya Haliim sebanyak 88 kali selepas menunaikan solat fardhu, InsyaAllah kedudukannya akan kekal dan bertambah baik

Al-'Aziim
Ucapkanlah Ya'Aziim sebanyak 12 kali setiap hari, InsyaAllah penyakit akan segera sembuh dan akan terhindar daripada kejahatan

Al-Ghafuur
Ketikan mengalami sakit kepala, demam atau sedang berdukacita, disarankan membaca Ya-Ghafuur sebanyak yang boleh, InsyaAllah penyakit dan masalah tersebut akan hilang

As-Syakuur
Ketika mengalami sesak nafas atau merasa lelah, disarankan membaca Ya Syakuur sebanyak 41 kali, diikuti dengan meniup ke dalam gelas berisi air dan membasuh muka dengan air tersebut. InsyaAllah hati akan menjadi lapang dan lega

Al-'Aliy
Barang siapa yang menulis Al 'Aliy (dalam tulisan Arab) sebanyak 110 kali di atas kertas, kemudian kertas itu direndam dalam gelas yang berisi air, dan air tersebut diberi minum kepada kanak-kanak yang lemah otaknya. InsyaAllah anak itu akan bertambah cerdas

Al-Kabiir
Amalkan membaca Ya Kabiir sebanyak 232 kali setiap kali selesai mengerjakan solat fardhu, InsyaAllah, akan terbuka pintu ilmu dan ma'rifat untuknya

Al-Hafiiz
Ketika sedang berhadapan dengan bahaya atau berada dalam hutan belantara yang terdapat banyak binatang buas, maka ucapkanlah Ya Hafiiz sebanyak 99 kali, InsyaAllah Allah SWT akan menyelamatkan kita daripada bahaya dan binatang buas

Al-Muqiit
Amalkan berzikir dengan menyebut Ya-Muqiit sebanyak yang boleh. InsyaAllah akan dapat mengurangi rasa lapar dan dahaga

Al-Hasiib
Sesiapa yang berasa takut berlakunya kecurian terhadap harta bendanya. Berasa takut hasad dengki orang lain terhadapnya, maka hendaklah dia membaca Ya Hasiib sebanyak 70 kali mulai hari Khamis malam dan siang selama 7 malam. Setelah selesai membacanya, hendaklah dia membaca HasbiAllah hulHassib InsyaAllah, jika ini diamalkan maka akan terlepas daripada hati-hati yang menakutkan seperti di atas





sumber :

Buku Asma Ul-Husna "Membentuk Peribadi Mulia" oleh Nur Jahadah terbitan Blue-T Publications Sdn Bhd - dapatkan sekarang!!

No comments:

Post a Comment