Friday, May 1, 2009

Fadhilat Asma Ul-Husna

Al-Mumiit
Amalkan membaca Ya Mumiit sebanyak 490 kali. InsyaAllah, nafsu akan tunduk dan mudah menurut perintah Allah SWT dan meninggalkan larangannya

Al-Hay
Kekalkan pendengaran agar sentiasa berkeadaan baik dan sihat dengan mengamalkan Ya Hay sebanyak 3000 kali setiap hari. InsyaAllah Allah SWT akan membantumu mengekalkan pendengaranmu

Al-Qayyum
Amalkan menyebut Ya Qayyum,InsyaAllah kita akan mendapat kehormatan & kemuliaan di kalangan manusia

Al-Waajid
Amalkan menyebut Ya Waajid ketika makan,InsyaAllah makanan itu akan menjadi sumber kekuatan,menerangi dan menjadi Nur bagi hati kita

Al-Maajid
Ucapkanlah Ya Maajid ketika bersendirian,InsyaAllah kita akan berasa gembira & nur kita akan menerangi hati kita

Al-Waahid
Amalkan menyebut Ya Waahid sebanyak 1000 kali setiap hari agar cinta kepada-Nya akan sentiasa kekal di hati

Al-Ahad
Amalkan menyebut Ya Ahad 1000 kali setiap hari,InsyaAllah kepada-Nya akan kekal di dalam hati .

As-Samad
Amalkan menyebut Ya Samad sebanyak 165 kali atau 125 kali pada waktu sahur.InsyaAllah,Allah SWT akan mengurniakan kejujuran dari segi rohani & jasmani

Al-Qaadir
Ketika mengerjakan solat sunat 2 rakaat,amalkan menyebut Ya Qaadir sebanyak 100 kali,Allah SWT akan menghina & memalukan musuhnya.Jika dibaca sebanyak 41 kali sebelum melakukan tugas,InsyaAllah segala kesusahan itu akan dimudahkan

Al-Muqtadir
Amalkan menyebut Ya Muqtadir ini selepas bangun tidur sebanyak 20 kali.InsyaAllah,Allah SWT akan menyempurnakan tugasan dengan berkesan

Al-Muqaddim
Amalkan membaca Ya Muqaddim sebanyak 184 kali setiap hari.InsyaAllah segala bentuk usahanya mendapat kemajuan dan keyakinan

Al-Mu'akhkir
Antara fadhilat mengamalkan menyebut Ya Mu'akhkir sebanyak 100 kali secara berterusan ialah kita akan menyegerakan untuk bertaubat dan insyaAllah kita akan menjadi lebih dekat dan disayangi oleh Allah SWT

Al-Awwal
Amalkan membaca Ya Awwal sebanyak 37 kali setiap hari,insyaAllah hajatnya akan dikabulkan oleh Allah SWT

Al-Akhir
Mereka yang menginginkan cinta kepada Allah SWT,cinta pada sesuatu yang mahu dikeluarkan dalam hatinya selain Allah SWT,memperbaiki dosa,mati dalam keadaan beriman,maka sebutlah Ya Akhir sebanyak 1000 kali setiap hari.InsyaAllah..

Al-Zhaahir
Amalkan membaca nama ini sebanyak 500 kali selepas waktu isya'.InsyaAllah,Allah SWT akan menjadikan mata dan hatimu dipenuhi cahaya

Al-Baatin
Amalkan membaca Ya Baatin sebanyak 33 kali setiap hari.InsyaAllah kita akan segera merasai rahsia yang mendalam daripada Allah SWT seperti ikatan kasih sayang dan rasa cinta yang kuat yang terjalin antara kita dengan Allah SWT

Al-Waali
Amalkan menyebut Ya Waali berulang-ulang.InsyaAllah,Allah SWT akan mennjaga kita daripada bencana yang tidak disangka-sangkakan

Al-Muta'aaliy
Sesiapa yang membaca
Ya Muta'aaliy sebanyak 541 kali setiap hari,insyaAllah dia akan mendapat hasil yang baik dan mendapat darjat yang lebih tinggi

Al-Barr
Kepada sesiapa yang gemar mengambil benda yang memabukkan atau sentiasa menurut kehendak hati dalam melakukan perkara yang maksiat,amalkan membaca
Ya Barr sebanyak 7 kali setiap hari.InsyaAllah,Allah SWT akan memberi petunjuk

At-Tawwab
Sesiapa yang berkeinginan agar Allah SWT memberi petunjuk untuk dia bertaubat dan ikhlas hendaklah menyebut Ya Tawwab sebanyak 360 kali setiap kali selepas solat Dhuha


sumber :

Buku Asma Ul-Husna "Membentuk Peribadi Mulia" oleh Nur Jahadah terbitan Blue-T Publications Sdn Bhd - dapatkan sekarang!!

No comments:

Post a Comment