Tuesday, April 28, 2009

Fadhilat Asma Ul-Husna

Al-Muntaqim
Sesiapa yang berkeinginan untuk membalas dendam terhadap musuhnya tetapi tidak berdaya,hendaklah dia menyebut Ya Muntaqim ini berterusan selama 3 Jumaat , insyaAllah , Allah SWT sendiri akan membalas bagi pihaknya

Al-'Afuw
Amalkan menyebut Ya 'Afuw sebanyak yang boleh . InsyaAllah , Allah SWT akan mengampunkannya

Ar-Ra'uuf
Redakan kemarahanmu dengan menyebut selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 10 kali dan diikuti Ya Ra'uuf sebanyak 10 kali

Maalikul Mulk
Amalkan menyebut Ya Maalikul Mulk sebanyak 212 kali , insyaAllah , Allah SWT akan kurniakan kekayaan , kecukupan dan kebebasan

Dzul Jalaali Wal Ikraam
Pembaca yang berterusan membaca Dzul Jalaali Wal Ikraam insyaAllah akan dikurniakan kehormatan , kemuliaan dan kecukupan

Al-Muqsith
Sesiapa yang menyebut Ya Muqsith , Allah SWT akan melindunginya daripada perasaan was-was.Manakala jika dibaca sebanyak 700 kali untuk satu-satu tujuan,insyaAllah kita akan memperolehinya

Al-Jaami'
Sesiapa yang membaca Ya Jaami' berulang kali , insyaAllah dia akan dipertemukan dengan barangnya yang hilang

Al-Ghani
Amalkan membaca Ya Ghani sebanyak 1000 kali ke atas badan yang sakit samada badan sendiri atau orang lain . InsyaAllah penyakit tersebut akan hilang

Al-Mughni
Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 11 kali sebelum dan selepas itu menyebut Ya Mughni sebanyak 1,111 kali terutamanya selepas fajar dan diikuti dengan membaca surah Muzammil , insyaAllah dia akan dikurniakankekayaan dari segi harta benda dan juga rohani

Al-Maani'
Amalkan membaca Ya Maani' sekerap yang boleh , insyaAllah akan terselamat daripada mudarat

Ad-Dhaar
Amalkan membaca Ya Dhaar sebanyak 1000 kali pada hari Jumaat terutama sebelum solat Jumaat . InsyaAllah , kita akan dilindungi daripada segala bencana biar pun dari segi rohani dan jasmani

An-Naafi'
Amalkan membaca Ya Naafi' sebelum menaiki kenderaan , insyaAllah , Allah SWT akan melindunginya daripada bahaya . Manakala jika dibaca sebelum memulakan sebarang tugas , insyaAllah semua tugasan akan terlaksana dengan sempurna

An-Nuur
Amalkan membaca Ya Nuur sebanyak 1001 kali selepas membaca surah An-Nuur , insyaAllah hatinya akan menjadi bersinar dengan Nur Allah SWT

Al-Haadii
Sesiapa yang selalu menyebut Ya Haadii , insyaAllah akan memperolehi pengetahuan rohani

Al-Badii'
Allah SWT akan menghilangkan segala duka bagi yang menyebut Ya Badii' 1000 kali . InsyaAllah .

Al-Baaqi
Allah SWT akan beri perlindungan dan dia menerima segala perbuatan yang baik jika dia menyebut Ya Baaqi sebanyak 1000 kali pada malam Jumaat . InsyaAllah

Al-Waarits
Ucapkanlah Ya Waarits sebanyak 1000 kali ketika matahari terbit , insyaAllah , Allah SWT akan menghindarkan kita daripada dukacita,kesusahan,kesedihan dan bencana

Ar-Rasyiid
Sesiapa yang membaca Ya Rasyiid sebanyak 1000 kali antara maghrib dan isya' , insyaAllah kesusahannya akan hilang

As-Sabur
Amalkan membaca sebanyak 100 kali sebelum matahari terbit , insyaAllah , Allah SWT akan melindungi kita daripada segala bencana untuk sepanjang hari itu