Monday, May 4, 2009

Pakaian Menurut Islam

Menurut Islam, perkara terpenting dalam berpakaian ialah menutup aurat dan menjaga kehormatan diri. Prinsip Islam dalam berpakaian ialah melarang memakai pakaian yang dapat menimbulkan rangsangan berahi kepada kaum sejenisnya, termasuklah dituntut daripada memakai pakaian yang nipis dan menjolok mata.

Umat Islam juga disuruh bersederhana dalam berpakaian kerana kesederhanaan itu melambangkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.



sumber :

Dipetik daripada Ensiklopedia untuk Anak-Anak Muslim terbitan E-Media Publication Sdn Bhd

Hukum dan Faedah Menutup Aurat

Salam

Sekadar Ingatan......

Koleksi t'shirt R'za yang kami tampilkan seboleh mungkin menepati batas aurat seorang muslimah. Hukum menutup aurat itu sendiri berdasarkan 3 perkara.

  • Pertamanya....menutup aurat itu hukumnya wajib mengikut perintah Allah SWT seperti yang terkandung dalam surah an-Nur ayat 30 hingga 31.
  • Kedua.....menutup aurat itu juga wajib berdasarkan faktor utama menghindari perbuatan zina yang sangat dikutuk oleh Allah SWT, dan
  • wajibnya menutup aurat bagi setiap umat islam agar dapat manusia menjauhi diri daripada segala perbuatan yang mendatangkan dosa
Justeru batas aurat seorang muslimah ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua belah tapak tangan


Faedah Menutup Aurat

Islam amat menggalakkan agar umatnya berpakaian sopan, bersih, kemas dan menutup auratnya kerana amalan ini membawa kebaikan kepada setiap individu. Selain dapat mengelakkan terjadinya perbuatan fitnah, langkah menutup aurat juga dapat mengelakkan diri daripada berlakunya perkara-perkara yang memudaratkan seperti rogol, bunuh dan sebarang bentuk jenayah yang membawa kepada kekejaman.

Selain melambangkan keperibadian Muslimah sejati, maruah juga terjaga dan seterusnya menjaga kemuliaan ajaran Islam itu sendiri. Berpakaian yang menutup aurat juga dituntut dalam Islam supaya umat Islam dipandang mulia dan dihormati oleh orang lain.

Fadhilat Asma Ul-Husna

Ar - Rahmaan
Amalkan membaca Ya Rahmaan sebanyak 100x selepas mengerjakan solat fardhu , insyallah akan hilang sifat lalai & pelupa .

Ar - Rahiim
Amalkan membaca Ya Rahiim sebanyak 100x selepas mengerjakan solat fardhu Subuh , insyallah semua orang akan menyayangi & menyukaimu .

Al - Malik
Amalkan membaca Ya Malik pada bila-bila masa , insyallah kita akan dihormati dan mendapat layanan yang baik daripada orang lain .

Al - Quddus
Amalkan membaca Ya Quddus sebanyak 100x setiap hari , insyallah akan bebas daripada kebimbangan

As - Salaam
Ucapkan Ya Salaam sebanyak 100x di depan orang yang berpenyakit , insyallah akan sembuh penyakitnya atau bertambah ringan penyakitnya .

Al - Mu'min
Amalkan menyebut Ya Mu'min , insyallah akan terselamat daripada bencana .

Al - Muhaimin
Amalkan membaca Ya Muhaimin sebanyak 145x selepas solat Isyak , insyallah akan kuat hafalannya .

Al - 'Aziiz
Ucapkan Ya Aziiz sebanyak 40x selama 40 hari , insyallah Allah SWT akan memuliakanmu dan dikurniakan dengan kekayaan oleh Allah SWT .

Al - Jabbar
Amalkan membaca Ya Jabbar, insyallah akan terpelihara daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Allah SWT .

Al - Mutakabbir
Amalkan Ya Mutakabbir sebanyak 662x setiap hari , insyallah orang yang takbur akan tunduk kepadanya .

Al - Khaaliq
Amalkan membaca Ya Khaaliq pada malam hari , insyallah Allah SWT akan mengirimkan malaikat untuk membantu menjalani kehidupan di jalan yang benar .

Al - Baari'
Ucapkan Ya Baari' sebanyak 100x pada siang hari , insyallah Allah SWT akan menyelamatkan kita daripada kebinasaan & tidak berasa takut di dalam kubur .

Al - Musawwir
Biasakan diri dengan membaca Ya Musawwir sebanyak 336x atau lebih , Insyallah segala perbuatanmu akan menjadi baik .

Al - Ghaffar
Amalkan menyebut Ya Ghaffar , Insyallah akan diampunkan segala kesalahan & dosa oleh Allah SWT .

Al - Qahhar
Amalkan membaca Ya Qahhar , Insyallah akan terhindar daripada melakukan kejahatan .

Al - Wahhab
Sertakan kalimah Ya Wahhab sebanyak 7x semasa memohon sesuatu daripada Allah SWT , insyallah permohonanmu akan diterima .

Al - Razzaq
Amalkan menyebut & zikir Ya Razzaq , Insyallah segala usahanya akan berjalan lancar .

Al - Fattah
Mereka yang berwirid dengan menyertakan kalimah Ya Fattah sebanyak 71x selepas mengerjakan solat Subuh , Insyallah dipermudahkan segala urusan dan keluar cinta dunia dari hatinya .

Al - 'Aliim
Mereka yang menyebut Ya 'Aliim sebanyak 100x selepas solat fardhu , Insyallah akan memperolehi ilmu dan kasyaf serta iman yang sempurna .

Al - Qaabidh
Ucapkanlah Ya Qaabidh sebanyak 100x setiap malam Jumaat , Insyallah akan bertambah hampir dirimu kepada Allah SWT .


sumber :

Buku Asma Ul-Husna "Membentuk Peribadi Mulia" oleh Nur Jahadah terbitan Blue-T Publications Sdn Bhd - dapatkan sekarang!!

Soft Launch

Introducing R'za - "stylish moslem couture"









brought to you by R'za Marketing and Supplies

Sunday, May 3, 2009

Fadhilat Asma Ul-Husna

Al-Baasith
Amalan membaca Ya Baasith sebayak 10 kali selepas solat Dhuha, InsyaAllah akan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT

Al-Khaafidh
Amalan membaca Ya-Khaafidh sebanyak 1000 kali, InsyaAllah akan aman daripada sebarang musuh

Ar-Raafi'
Sesiapa yang membaca Ya-Raafi'sebanyak 70 kali setiap hari terutama pada waktu malam, InsyaAllah akan terpelihara daripada kecurian, rompakan, penipuan dan sebagainya

Al-Mu'iz
Amalkan membaca Ya Mu'iz pada malam isnin dan jumaat sebanyak 140 kali, InsyaAllah akan dimuliakan pada pandangan orang lain dan dia tidak takut selain Allah SWT

Al-Mudzil
Ucapkanlah Ya Mudzil sebanyak 75 kali, InsyaAllah Allah SWT akan menjauhkan diri kita daripada perbuatan khianat yang dilakukan oleh orang lain

Al-Hakam
Amalkan membaca Ya Hakam sebanyak 68 kali selepas tengah malam dan berada dalam keadaan suci daripada hadas dan najis serta berkeadaan khusyuk, InsyaAllah Allah akan menjadikan hatinya sebuah tempat penuh rahsia dan nikmat

Al-Adl
Ucapkanlah Ya Adl sebanyak 104 kali selepas menunaikan solat Isyak, InsyaAllah dia akan menjadi orang yang adil dan mahsyur

Al-Latiff
Amalkan membaca Ya Latiff sebanyak 130 kali, InsyaAllah segala usaha dan perniagaan akan bertambah maju

Al-Khabiir
Mereka yang sentiasa membaca Ya Khabiir, InsyaAllah orang yang sentiasa melukakan hati kita akan berhenti melakukan perbuatan tersebut

Al-Haliim
Amalkan membaca Ya Haliim sebanyak 88 kali selepas menunaikan solat fardhu, InsyaAllah kedudukannya akan kekal dan bertambah baik

Al-'Aziim
Ucapkanlah Ya'Aziim sebanyak 12 kali setiap hari, InsyaAllah penyakit akan segera sembuh dan akan terhindar daripada kejahatan

Al-Ghafuur
Ketikan mengalami sakit kepala, demam atau sedang berdukacita, disarankan membaca Ya-Ghafuur sebanyak yang boleh, InsyaAllah penyakit dan masalah tersebut akan hilang

As-Syakuur
Ketika mengalami sesak nafas atau merasa lelah, disarankan membaca Ya Syakuur sebanyak 41 kali, diikuti dengan meniup ke dalam gelas berisi air dan membasuh muka dengan air tersebut. InsyaAllah hati akan menjadi lapang dan lega

Al-'Aliy
Barang siapa yang menulis Al 'Aliy (dalam tulisan Arab) sebanyak 110 kali di atas kertas, kemudian kertas itu direndam dalam gelas yang berisi air, dan air tersebut diberi minum kepada kanak-kanak yang lemah otaknya. InsyaAllah anak itu akan bertambah cerdas

Al-Kabiir
Amalkan membaca Ya Kabiir sebanyak 232 kali setiap kali selesai mengerjakan solat fardhu, InsyaAllah, akan terbuka pintu ilmu dan ma'rifat untuknya

Al-Hafiiz
Ketika sedang berhadapan dengan bahaya atau berada dalam hutan belantara yang terdapat banyak binatang buas, maka ucapkanlah Ya Hafiiz sebanyak 99 kali, InsyaAllah Allah SWT akan menyelamatkan kita daripada bahaya dan binatang buas

Al-Muqiit
Amalkan berzikir dengan menyebut Ya-Muqiit sebanyak yang boleh. InsyaAllah akan dapat mengurangi rasa lapar dan dahaga

Al-Hasiib
Sesiapa yang berasa takut berlakunya kecurian terhadap harta bendanya. Berasa takut hasad dengki orang lain terhadapnya, maka hendaklah dia membaca Ya Hasiib sebanyak 70 kali mulai hari Khamis malam dan siang selama 7 malam. Setelah selesai membacanya, hendaklah dia membaca HasbiAllah hulHassib InsyaAllah, jika ini diamalkan maka akan terlepas daripada hati-hati yang menakutkan seperti di atas





sumber :

Buku Asma Ul-Husna "Membentuk Peribadi Mulia" oleh Nur Jahadah terbitan Blue-T Publications Sdn Bhd - dapatkan sekarang!!

Saturday, May 2, 2009

Fadhilat Asma Ul-Husna

Al-Jaliil
Sesiapa yang menulis Ya Jaliil pada kertas dan direndam bersama limau kasturi dankunyit, kemudian membasuh dan meminum air tersebut, InsyaAllah, akan dimuliakan oleh orang lain

Al-Kariim
Sebelum tidur berwiridlah dengan kalimah Ya Kariim sebanyak 270 kali atau lebih. InsyaAllah, rezekinya akan murah dan dia akan memperolehi kemuliaan di dunia dan di akhirat

Ar-Raqiib
Sesiapa yang membaca Ya Raqiib sebanyak 50 kali dengan niat agar Allah SWT memelihara hartanya, InsyaAllah hartanya akan terpelihara

Al-Mujiib
Amalkan menyebut Ya Mujiib berulangkali dan kemudian pohonlah apa yang dihajati. InsyaAllah SWT akan kabulkan

Al-Waasi'
Orang yang sedang menghadapi krisis ekonomi hendaklah memperbanyakkan membaca Ya Waasi', InsyaAllah rezekinya akan dimurahkan oleh Allah SWT

Al-Hakiim
Amalkan membaca Ya Hakiim sebanyak 300 kali setiap hari, InsyaAllah akal fikiran akan menjadi cerdas sehingga mudah menerima dan mengingati pelajaran

Al-Waduud
Ucapkanlah Ya Waduud sebanyak 1000 kali setiap hari, InsyaAllah, diperbaiki segala urusan oleh Allah SWT sama ada urusan dunia atau akhirat

Al-Majiid
Amalkan membaca Ya Majiid sebanyak 99 kali setiap hari selepas solat Subuh, kemudian tiup kedua belah tangan dan disapukan ke muka, InsyaAllah akan mendapat kemuliaan dan kasih sayang daripada keluarga

Al-Baa'its
Ucapkanlah Ya Baa'its sebanyak 100 kali sebelum tidur dengan meletakkan kedua-dua belah tangan di atas. InsyaAllah dada akan diterangi dan hati akan diberi kebijaksanaan

As-Syahiid
Letakkanlah tanganmu dia dahi orang yang ingkar sambil menyebut Ya Syahiid sebanyak 21 kali pada setiap hari. InsyaAllah mereka akan menjadi orang yang taat dan patuh

Al-Haq
Mereka yang menghadapi masalah kehilangan ahli keluarga atau salah seorang anggota keluarga melarikan diri atau barangannya dicuri, haruslah melakarkan perkataan Al-Haq atas empat penjuru kertas pada ketika waktu sahur. Kemudian letakkan kertas itu di tapak tangan dan angkat ke arah langit serta berdoa. InsyaAllah, tidak lama kemudian orang yang hilang akan kembali atau ditemui bebas daripada sebarang kecederaan atau kerosakan.

Al-Wakiil
Ucapkanlah Ya Wakiil berulang kali jika takut dengan bencana yang diturunkan Allah SWT. InsyaAllah dia akan dilindungi daripada segala bencana

Al-Qawiy
Mereka yang ditindas atau menjadi mangsa haruslah membaca Ya Qawiyyul Matin berulang-ulang kali dengan membayangkan untuk menyerangbalas si penindas. InsyaAllah, Allah SWT akan memberi perlindungan (tidak boleh dilakukan sekiranya keadaan ini idak berlaku)

Al-Matiin
Disarankan agar wanita yang susunya tiada, hendaklah dia meminum air yang telah direndam dengan lakaran yang tertulis kalimah Al-Matiin. InsyaAllah, payudaranya akan dipenuhi susu

Al- Waliy

Lelaki yang mempunyai isteri yang berkelakuan atau berperangai buruk, disarankan menyebut Ya Waliy secara berterusan ketika bersamanya. InsyaAllah kelakuan atau perangainya akan berubah

Al- Hamiid
Barang siapa yang bertafakur dan menyebut Ya Hamiid sebanyak 93 kali selama 45 hari, InsyaAllah semua perangainya yang buruk dan jahat akan bertukar menjadi baik

Al-Muhsi
Ucapkanlah Ya Muhsi sebanyak 20 kali setiap hari. InsyaAllah Allah SWT akan menjadikan seluruh makhluk berkhidmat kepadanya

Al-Mubdi'
Amalkan membaca Ya Mubdi' pada waktu siang dan malam selama satu bulan, InsyaAllah, hartanya akan bertambah

Al-Mu'iid
Ucapkanlah Ya Mu'iid sebanyak 124 kali sebelum menunaikan solat fardu lima waktu ketika berhadapan dengan masalah kehilangan barang. InsyaAllah, barang tersebut akan dijumpai atau kembali kepadanya

Al-Muhyi
Amalkan membaca Ya Muhyi sebanyak 68 kali selepas menunaikan solat fardhu lima waktu, InsyaAllah, Allah SWT akan mengeluarkan segala jenis penyakit dari tubuhnya


sumber :

Buku Asma Ul-Husna "Membentuk Peribadi Mulia" oleh Nur Jahadah terbitan Blue-T Publications Sdn Bhd - dapatkan sekarang!!