Saturday, May 2, 2009

Fadhilat Asma Ul-Husna

Al-Jaliil
Sesiapa yang menulis Ya Jaliil pada kertas dan direndam bersama limau kasturi dankunyit, kemudian membasuh dan meminum air tersebut, InsyaAllah, akan dimuliakan oleh orang lain

Al-Kariim
Sebelum tidur berwiridlah dengan kalimah Ya Kariim sebanyak 270 kali atau lebih. InsyaAllah, rezekinya akan murah dan dia akan memperolehi kemuliaan di dunia dan di akhirat

Ar-Raqiib
Sesiapa yang membaca Ya Raqiib sebanyak 50 kali dengan niat agar Allah SWT memelihara hartanya, InsyaAllah hartanya akan terpelihara

Al-Mujiib
Amalkan menyebut Ya Mujiib berulangkali dan kemudian pohonlah apa yang dihajati. InsyaAllah SWT akan kabulkan

Al-Waasi'
Orang yang sedang menghadapi krisis ekonomi hendaklah memperbanyakkan membaca Ya Waasi', InsyaAllah rezekinya akan dimurahkan oleh Allah SWT

Al-Hakiim
Amalkan membaca Ya Hakiim sebanyak 300 kali setiap hari, InsyaAllah akal fikiran akan menjadi cerdas sehingga mudah menerima dan mengingati pelajaran

Al-Waduud
Ucapkanlah Ya Waduud sebanyak 1000 kali setiap hari, InsyaAllah, diperbaiki segala urusan oleh Allah SWT sama ada urusan dunia atau akhirat

Al-Majiid
Amalkan membaca Ya Majiid sebanyak 99 kali setiap hari selepas solat Subuh, kemudian tiup kedua belah tangan dan disapukan ke muka, InsyaAllah akan mendapat kemuliaan dan kasih sayang daripada keluarga

Al-Baa'its
Ucapkanlah Ya Baa'its sebanyak 100 kali sebelum tidur dengan meletakkan kedua-dua belah tangan di atas. InsyaAllah dada akan diterangi dan hati akan diberi kebijaksanaan

As-Syahiid
Letakkanlah tanganmu dia dahi orang yang ingkar sambil menyebut Ya Syahiid sebanyak 21 kali pada setiap hari. InsyaAllah mereka akan menjadi orang yang taat dan patuh

Al-Haq
Mereka yang menghadapi masalah kehilangan ahli keluarga atau salah seorang anggota keluarga melarikan diri atau barangannya dicuri, haruslah melakarkan perkataan Al-Haq atas empat penjuru kertas pada ketika waktu sahur. Kemudian letakkan kertas itu di tapak tangan dan angkat ke arah langit serta berdoa. InsyaAllah, tidak lama kemudian orang yang hilang akan kembali atau ditemui bebas daripada sebarang kecederaan atau kerosakan.

Al-Wakiil
Ucapkanlah Ya Wakiil berulang kali jika takut dengan bencana yang diturunkan Allah SWT. InsyaAllah dia akan dilindungi daripada segala bencana

Al-Qawiy
Mereka yang ditindas atau menjadi mangsa haruslah membaca Ya Qawiyyul Matin berulang-ulang kali dengan membayangkan untuk menyerangbalas si penindas. InsyaAllah, Allah SWT akan memberi perlindungan (tidak boleh dilakukan sekiranya keadaan ini idak berlaku)

Al-Matiin
Disarankan agar wanita yang susunya tiada, hendaklah dia meminum air yang telah direndam dengan lakaran yang tertulis kalimah Al-Matiin. InsyaAllah, payudaranya akan dipenuhi susu

Al- Waliy

Lelaki yang mempunyai isteri yang berkelakuan atau berperangai buruk, disarankan menyebut Ya Waliy secara berterusan ketika bersamanya. InsyaAllah kelakuan atau perangainya akan berubah

Al- Hamiid
Barang siapa yang bertafakur dan menyebut Ya Hamiid sebanyak 93 kali selama 45 hari, InsyaAllah semua perangainya yang buruk dan jahat akan bertukar menjadi baik

Al-Muhsi
Ucapkanlah Ya Muhsi sebanyak 20 kali setiap hari. InsyaAllah Allah SWT akan menjadikan seluruh makhluk berkhidmat kepadanya

Al-Mubdi'
Amalkan membaca Ya Mubdi' pada waktu siang dan malam selama satu bulan, InsyaAllah, hartanya akan bertambah

Al-Mu'iid
Ucapkanlah Ya Mu'iid sebanyak 124 kali sebelum menunaikan solat fardu lima waktu ketika berhadapan dengan masalah kehilangan barang. InsyaAllah, barang tersebut akan dijumpai atau kembali kepadanya

Al-Muhyi
Amalkan membaca Ya Muhyi sebanyak 68 kali selepas menunaikan solat fardhu lima waktu, InsyaAllah, Allah SWT akan mengeluarkan segala jenis penyakit dari tubuhnya


sumber :

Buku Asma Ul-Husna "Membentuk Peribadi Mulia" oleh Nur Jahadah terbitan Blue-T Publications Sdn Bhd - dapatkan sekarang!!


No comments:

Post a Comment